Apple Photo Collage Dan Kenali Bunyi Haiwan Tadik Al - Islahiyah
5 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 4 Oktober 2024, NADI telah dijemput untuk berkerjasama dengan Tadika Islam JAIPs dalam menjayakan aktiviti Apple Photo Collage bersama kanak – kanak berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dalam mengenali warna kepada kanak – kanak ketika melekatkan cebisan kertas warna pada gambar sebiji apel yang telah diberikan oleh staff NADI. Selain itu, kanak – kanak juga di beri pendedahan tentang nama – nama haiwan di Malaysia berserta bunyian dari haiwan tersebut. Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi ilmu dan merangsang minda kanak – kanak dalam berfikir dengan baik. Turut serta dalam membantu menjayakan aktiviti ini ialah NADI Batas Lintang, NADI Padang Besar Selatan dan NADI Tambun Tulang.
Kesimpulan dari aktiviti tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: